bismillah..

subhanallah

hamster cute!!!

Monday, December 19, 2011

buah-buahan segar dan khasiatnya ^_^

ok firtsly aku nak terangkan semua khasiat buah-buahan yang kita makan ^_^ sebenarnya setiap buah adalah ubat setiap penyakit kita ^_^ jadi jangan lupa pula nak makan buah..

buah anggur sedappp sangat aku suka ^_^ sebab dia 


anggur ni khasiatnya ialah :
Kurangkan risiko serangan jantung. – Untuk pengetahuan anda, anggur mengandungi nitric oxide yang tinggi di mana ianya mengurangkan pembentukan gumpalan di dalam darah. Justeru ia akan mengurangkan berlakunya serangan jantung.

Mengurangkan kolesterol tubuh – Anggur mengandungi bahan pterostilbene yang mempunyai kapasiti untuk mengurangkan kolesterol di dalam tubuh.


Mengatasi masalah sembelit – Anggur juga mengandungi bahan organik asid, gula dan cellulose. Bahan-bahan ini akan membantu masalah penghadaman dan sembelit yang berlaku kepada pesakit.
dan banyak lagi ^_^




Menurut kajian, epal hijau dapat membantu tubuh wanita mempertahankan kadar estrogen pada saat menopouse. Gangguan penyakit saat menopouse seperti ancaman penyakit jantung atau kerapuhan tulang kerana rembesan hormon estrogen yg berkurangan boleh di cegah dgn zat yg terdapat dalam buah epal terutamanya epal hijau. 

Selain zat fitokimia di dalam epal akan berfungsi sebagai antioksida yg melawan kolesterol jahat (LDL, low density lipoprotein), yg berpotensi menyumbat pembuluh darah. Ini kerana antioksida yg terkandung di dalamnya akan mencegah kerosakan sel-sel atau jaringan pembuluh darah. Pada masa yg sama antioksida akan meningkatkan kolesterol baik (HDL - High Density Lipoprotein), yg bermanfaat utk mencegah penyakit jantung dan pembuluh darah. Tidak hanya itu, kandungan Pektin (Serat larut yg terkandung dalam buah-buahan dan sayuran), telah terbukti mampu menurunkan kadar kadar kolesterol di dalam darah.

Sebuah penelitian membuktikan dalam epal terdapat asid D-glucaric yg mampu mengurangkan kolesterol sehingga 35%. Sebuah kajian di Finland tahun 1996 membuktikan zat fitokimia dapat mengelakkan seseorang terkena serangan penyakit. Selain itu, zat fitokimia yg terdapat pada kulit epal ini, menurut sebuah penelitian di Cornell University Amerika Syarikat, bermanfaat mengelakkan pertumbuhan sel kanser usus sebanyak 43 peratus.

Epal juga mengandungi kandungan serat yg amat tinggi, iaitu sebanyak lima gram utk setiap biji buah epal yg berukuran sederhana besar. Jumlah ini adalah tinggi dpd kandungan kebanyakan produk berasakan bijirin. Serat ini bermanfaat utk melancarkan pencernaan dan menurunkan berat badan. Selain itu, masalah sembelit yg biasanya menghantui golongan yg gemar berdiet kini tidak menjadi masalah lagi jika buah ini dimasukkan dalam menu harian anda..

Meskipun bermanfaat mengatasi masalah sembelit, buah epal juga berkhasiat utk meredakan cirit birit seperti mana yg diterangkan oleh Miriam Polunnin dlm bukunya bertajuk Healing Foods. Menurut buku tersebut, epal sgt bermanfaat sebagai ejen pencernaan. Buah ini hampir tanpa lemak dan kolesterol, sehingga sesuai sekali dimasukkan sebagai menu bagi wanita-wanita yg ingin berdiet. Jadi..apa tunggu lagi? Jom kita minum jus epal hijau. Sedap!

Bahan-bahan
>1 biji epal hijau
>2 inci saleri
>1 sudu gula pasir
>1 sudu madu
>ais batu hancur

Cara-cara
1.Epal dikupas kulit dan dipotong kecil
2.Masukkan sume bahan-bahan dalam blender dan kisar sampai halus
3.Sedia untuk diminum
*selain itu boleh jugak tambah bahan lain seperti oren dan karot.


OK LA SETAKAT NIE JE AKU PUNYA CORETAN BCOZ AKU DAH TAK LARAT NAK TULIS ^_^

2 comments:

  1. hmm nice blog but its like u copy from someone entry lorhh.. u must right ur own entry!! :) smart boy

    ReplyDelete